Baitulmaqdis Tour

Sertailah kami dalam meraih keberkatan dan kedamaian di tanah yang suci ini, dan jadikan setiap detik pengembaraan anda di Baitulmaqdis sebagai kenangan yang berharga sepanjang hayat

Pakej Kami

Baitulmaqdis Tour

“Langkahilah ke arah keberkatan dan keinsafan dengan pakej percutian kami ke Baitulmaqdis! Sertai kami dalam mengunjungi tempat-tempat suci yang penuh bersejarah seperti Masjid Al-Aqsa, Kubah Shakhrah, dan Kotel (Tembok Ratapan), serta merasai kehadiran spiritual yang mengasyikkan di bumi yang suci ini. Dengan pakej percutian kami, anda akan disertai oleh panduan tempatan yang pakar, memastikan setiap detik perjalanan menjadi pengalaman yang penuh bermakna dan keselesaan. Jadikan perjalanan anda ke Baitulmaqdis sebagai perjalanan yang memberi inspirasi sambil meningkatkan hubungan spiritual anda dengan Allah SWT.”

Itinerari

Sertai kami dalam pengembaraan yang luar biasa dan nikmati pengalaman
percutian yang unik dengan itenari kami yang menyeronokkan.

  • Berlepas dari KLIA. Tiba Amman, Jordan. Melawat bandar Amman.

 

  • Bertolak awal pagi masuk ke Palestin. Melawat bandar Jerico, antara tertua di dunia. Ziarah maqam Nabi Musa as. Tiba Baitul Maqdis (Jerusalem) ziarah Bukit Zaitun, maqam Rabiah Adawiyah, Salman Al-Farisi, solat di Masjid Al-Aqsa mendapat 500x ganda solat berbanding di masjid² lain
  • Melawat bandar Betlehem, (بيت لحم) tempat lahir Nabi Isa as, bandar Hebron (خليل) di situ terdapat maqam² Nabi² Ibrahim as, Ismail as, Yaakub as, Yusof as & isteri² mereka. Pulang ke Baitul Maqdis melawat maqam Nabi Daud as.
  • Melawat banDar Yaffa, di pantai Palestin, kini bercantum dgn bandar Tel Aviv, melawat Masjid Mahmudiya. Kembali ke Baitul Maqdis. Membeli belah di Bazaar Lama.
  • Melawat Tasik Tiberia, yang akan kering sebelum Hari Kiamat. Masuk semula ke Jordan. Melawat kubur sahabat ternama Abu Ubaidah Al-Jarrah ra, pembuka Syam (Jordan, Palestin, Syria), Nabi Yusya’ Nun, maqam Nabi Syuib ra, mandi di Laut Mati (timbul tak tenggelam).

 

  • Group dibawa melawat Gua Ashab Al-Kahfi dlm Surah Al-Kahfi, stadium Roman, membeli belah di Grand Bazar. Dari Queen Alia Airport, berlepas ke KLIA.
  • Tiba KLIA.

Testimoni

Apa kata pelanggan Kami?

Kami berbangga untuk kepuasan tetamu kami dengan pengalaman terbaik.
Baca apa yang mereka katakan.

“Teruskan cara amalan yang dikendalikan di Arafah. A+ diberikan untuk Ustaz atas bimbingan, sembahyang Tahajjud, doa di Arafah dan kuliah di Mina yang fokus tentang ibadah Haji”
Haji Kamarol Ridzuan
“Suka akan bimbingan yang disampaikan. Lawatan yang dibawa dan pengalaman ini akan saya terangkan pada kenalan dan saudara mara saya”
Hajjah Azizah Zainol
“Sangat berpuas hati. InsyaAllah saya akan ceritakan pengalaman perjalanan ini kepada saudara mara dan teman-teman yang bakal menjadi Tetamu Allah“
Hajjah Jamilah Awang
“Saya sangat berpuas hati dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana Ustaz berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Jazakallahu khairan kathira“
Haji Sariman Tasmin
Scroll to Top