Padang & Bukit Tinggi

Ayuh bersama kami meneroka Padang & Bukit Tinggi yang mempesonakan, dan nikmati pengembaraan penuh warna, keindahan serta pengalaman menarik yang pasti menjadi kenangan tidak terlupakan.

Pakej Kami

Padang & Bukit Tinggi

Padang dan Bukit Tinggi merupakan destinasi yang mempesonakan dengan gabungan keindahan alam semula jadi, kekayaan budaya serta warisan Minangkabau yang unik. Nikmati pengalaman meneroka panorama pergunungan yang menghijau, lembah yang indah, air terjun yang menenangkan serta seni bina tradisional yang penuh dengan nilai sejarah. Ditambah pula dengan kepelbagaian hidangan Minangkabau yang lazat seperti rendang dan nasi kapau, suasana sejuk dan nyaman di Bukit Tinggi serta keramahan masyarakat setempat, Padang dan Bukit Tinggi menjanjikan pengalaman percutian yang menarik, penuh warna dan pastinya meninggalkan kenangan indah yang tidak terlupakan.

Itinerari

Sertai kami dalam pengembaraan yang luar biasa dan nikmati pengalaman
percutian yang unik dengan itenari kami yang menyeronokkan.

  • Tiba di Minangkabau International Airport
  • Bergerak ke Bukit Tinggi melalui Lembah Anai
  • Melawat Air Terjun Anai & muzium Minangkabau.
  • Lawatan kraftangan di Pandai Sikek
  • Check-in hotel, makan malam & berehat.
  • Sarapan pagi
  • Bergerak ke Kelok 9 & Lembah Harau
  • Melawat istana Pagaruyung
  • Singgah sawah padi
  • Kembali ke Bukit Tinggi, Jam Gadang & Pasar Atas
  • Balik ke hotel dan berehat
  • Lawatan sekitar Bukit Tinggi, Ngarai Sianok & Lobang Jepang
  • Pemandangan Danau Maninjau dari Puncak Lawang
  • Bergerak ke Padang
  • Singgah minum kopi tempatan
  • Balik ke hotel & berehat.
  • Melawat Padang
  • Lawatan ke Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang & Pantai Air Manis
  • Bergerak ke Airport
  • Tiba KLIA

Testimoni

Apa kata pelanggan Kami?

Kami berbangga untuk kepuasan tetamu kami dengan pengalaman terbaik.
Baca apa yang mereka katakan.

“Teruskan cara amalan yang dikendalikan di Arafah. A+ diberikan untuk Ustaz atas bimbingan, sembahyang Tahajjud, doa di Arafah dan kuliah di Mina yang fokus tentang ibadah Haji”
Haji Kamarol Ridzuan
“Suka akan bimbingan yang disampaikan. Lawatan yang dibawa dan pengalaman ini akan saya terangkan pada kenalan dan saudara mara saya”
Hajjah Azizah Zainol
“Sangat berpuas hati. InsyaAllah saya akan ceritakan pengalaman perjalanan ini kepada saudara mara dan teman-teman yang bakal menjadi Tetamu Allah“
Hajjah Jamilah Awang
“Saya sangat berpuas hati dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana Ustaz berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Jazakallahu khairan kathira“
Haji Sariman Tasmin
Scroll to Top