Berjaya ziarah di Madinah 41 tempat !!!

Utama > Blog

Sekarang di Madinah. Alhamdulillah, jemaah Pakej Haji MITRA KEMBARA KT 71 dan KT 74 telah selamat berlepas ke Tanahair semalam. Jemaah KT 87 masih bersama saya dan kami akan berlepas ke Tanahair bersama-sama lusa Rabu 7/1/2009. Pada Musim Haji tahun ini Pakej Mitra Kembara Ustaz Halim berjaya membawa jemaah Haji ke 41 tempat di Madinah dengan menaiki bas sebanyak 5 hari berturut-turut (kebiasaannya 1 hari sahaja ziarah menaiki bas).

Selain dari tempat-tempat ziarah biasa yang dilawati seperti Masjid Qubak, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh (Khandaq) dan Pasar Kurma, Ustaz Halim membawa jemaah ke tempat-tempat seperti berikut, rumah sezaman dengan Rasulullah saw, perigi-perigi sezaman dengan Rasulullah saw, bukit yang diguna Ansar untuk menanti Rasulullah saw tiba Madinah dari Mekah semasa Hijrah, masjid paling asli di Madinah (tidak ditokok tambah bangunannya, dll.

Related Post

Melbourne Islamic Tour pendaftaran

Bandaraya Melbourne, Australia. Melancung seminggu di sini meninggalkan kenangan yang berpanjangan. HAJIUMRAH.COM kini membuka pendaftaran kepada mereka yang berminat menyertai pelancongan

Baca Lagi »
Scroll to Top