Borang Qurban/Aqiqah di Tanah Suci secara online sedang dikemaskini.

Tuan Puan yang ingin membuat ibadat Qurban/Aqiqah di Tanah Suci bolehlah terus menghubungi Pejabat Urusan DIAFA Travel 012-659 0000 / 06-764 0010.

Urusan boleh dilakukan melalui jarak jauh, atau terus datang ke Pejabat Urusan, dengan butir-butir berikut :

  1. Mengisi Borang Ibadat Qurban di Pejabat DIAFA Travel. Bagi urusan jarak jauh, kakitangan DIAFA boleh tolong mengisikan Borang tersebut.
  2. Melakukan Aqad Wakil oleh tuan puan kepada DIAFA Travel untuk menghasilkan Qurban/Aqiqah berkenaan dengan mengemukakan penama untuk Qurban/Aqiqah dan nama Pengupah.
  3. Mmebuat bayaran RM500 (Qurban – sembelih dan edar daging sahaja) atau RM1000 (Aqiqah – sembelih, masak dan hidang dengan nasi, minuman dan lain-lain).

“Tidak sampai kepada Allah daging dan darah sembelihan tersebut, akan tetapi yang akan sampai adalah ketaqwaan dari kamu (dengan mengerjakan sembelihan tersebut)” (Al-Quran)

“Siapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah (diantaranya adalah ibadat Qurban), maka sesungguhnya ia datang dari ketaqwaan hati” (Al-Quran)

  • – – – –

 

Pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Islam Madinah sedang menikmati makanan “Aqiqah di Tanah Suci” yang dikelolakan oleh Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM (kiri berjubah putih berkopiah) setiap tahun.

Kami juga menguruskan Korban yang dilaksanakan di Tanah Suci semasa Musim Haji atau di mana-mana negara yang terdapat umat Islam yang memerlukan seperti Palestin, negara-negara yang terdapat pelarian Palestin seperti Lubnan, Jordan, Syria dsb. , Kemboja, Rohingya (Arakan, Burma) dan lain-lain negara.

Harga bagi satu Korban adalah seperti berikut :

  • Di Tanah Suci (Mekah) = RM500.00
  • Di Mesir = RM550.00
  • Di Kemboja = RM430.00

Harga di atas tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Sila berurusan dengan Pejabat Urusan 06-764 4494 / 012-659 0000 dengan memberikan nama-nama penama Korban (samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia) dan harga Korban. Kesemua urusan boleh dibuat samada di Pejabat Urusan atau dari jarak jauh.

HUKUM KORBAN

* Menurut mazhab Syafie, hukumnya sunat muakkad.

* Imam Abu Hanifah berpendapat korban hukumnya wajib tetapi tidak fardu.

* Dilakukan pada hari-hari Tasyrik sahaja, iaitu sesudah selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari di akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah).

* Jumhur ulama berpendapat korban hanya sunat.

* Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf (Rektor Universiti al-Azhar- dikeluarkan pada 22 Oktober 1974):- Tidak harus ditukar korban dengan harganya bagi menampung keperluan fakir miskin yang memerlukan bantuan, kerana tujuan utama ibadat ini ialah menumpahkan darah haiwan. (Amalan ini adalah syiar Islam yang tersirat di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika melaksanakan perintah Allah menyembelih anaknya Ismail a.s.)

* Wajib melakukan korban ke atas orang mengerjakan haji cara tamattuk, qiran, bernazar (dilakukan di Mekah semasa berhaji).

* Korban nazar, wajib segera diagihkan daging segar kepada fakir miskin. Jika daging telah busuk wajib (bagi orang bernazar korban) beli daging baru sebagai ganti untuk diagihkan kepada fakir miskin.

* Daging sembelihan korban termasuk kulit dan tanduk tidak boleh dijual atau dijadikan upah kepada tukang sembelih mahupun tukang lapah meskipun korban sunat.

* Daging korban tidak boleh dijadikan jamuan kenduri kahwin.

* Daging korban hanya boleh dimakan atau diagihkan kepada orang Islam sahaja.

* Korban dan akikah ada persamaan dalam hukum tetapi berlainan dalam hikmah dan tujuannya. Oleh itu orang belum akikah boleh buat korban dan sebaliknya.

SUNAT-SUNAT KORBAN

Perkara sunat bagi orang yang melakukan korban:

* Menyembelih sendiri binatang sembelihan korban atau mewakilkan kepada orang lain jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.

* Menyembelih ternakan korban di musalla (tanah lapang) bagi memperlihatkan syiar Islam (sabda Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di musalla. (riwayat Bukhari)

* Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam.

* Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar.

* Baringkan binatang korban pada sebelah sisi kirinya dan memegang pisau dengan tangan kanan dan pegang atau tahan lehernya dengan tangan kiri (sabda Rasulullah: Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi s.a.w menyembelih dua ekor kibas yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya” (riwayat Bukhari & Muslim)

* Binatang korban yang gemuk, sihat dan tidak cacat pada anggota tubuh badannya serta cukup umur.

* Menyaksi sendiri upacara penyembelihan binatang yang dikorbankan.

* Sembelih ternakan korban sesudah selesai solat dan dua khutbah Hari Raya.

* Elakkan ternakan korban melihat pisau diasah untuk sembelihan.

* Orang yang menyembelih menghadap kiblat.

* Cari tempat yang lembut ketika melakukan penyembelihan.

* Orang yang berkorban berdoa ketika sembelihan dilakukan.

* Tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Sabda Rasulullah: Barang siapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban. (riwayat Muslim)

* Makan daging sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih. Firman Allah s.w.t: Makanlah sebahagian daripadanya, dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. (Al-Hajj: 28)

Advertisements