Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah adalah pengasas DIAFA Travel Sdn. Bhd sejak tahun 1999. Kini beliau adalah Pengarah Urusan dan Mutawif Kanan bagi DIAFA Travel Sdn. Bhd.

Beliau dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6.11.1965. Beliau berasal dan kini menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau berumahtangga dengan Ustazah Hajjah Fariza binti Ibrahim dan mereka berdua dikurniakan 14 cahaya mata.

Latarbelakang pendidikan Ustaz Halim adalah seperti berikut :

1972 – 1977 Sekolah Kebangsaan K.G.V., Seremban, NS (Darjah 1 – 6).

1978 – 1982 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, Pahang (Tingkatan 1 – 5). Mendapat sijil SRP dan SPM.

1983 Kelvin Grove State College (Matriculation), Brisbane, Queensland, Australia. Mendapat Senior Certificate.

1984 – 1987 University of Queensland, St. Lucia, Brisbane, Queensland, Australia. Mendapat ijazah Bachelor of Engineering.

The Great Court, University of Queensland, Australia.

1988 Madrasah An-Nahdhah, Bukit Besar, Kedah. Mendapat Sijil Senawi 4 (Matrikulasi Al-Azhar).

1989 – 1993 Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Mendapat ijazah Bachelor of Arts Pengajian Islam & Bahasa Arab.

Di Al-Azhar University, Cairo, Egypt. Kelihatan ketua rombongan dan bimbingan, Ustaz Halim duduk di depan.

1994 – 1996 Institusi Tinggi Pengajian Islam Asy-Syeikh Hasan Al-Bakury, Cairo, Egypt. Mendapat ijazah Graduate Diploma.

Pengalaman Ustaz Halim dalam memimpin dan membimbing rombongan Haji dan Umrah adalah seperti berikut :

1991 – Kali pertama menunaikan Haji dibawah bimbingan Ustaz Dr Sulaiman Ibrahim (kini pensyarah di UKM, Bangi).

1992, 1994 – Menunaikan ibadat Haji dan berkhidmat membantu Jemaah Haji Malaysia di Mekah.

1995, 1996, 1997 – Memberi kursus Haji kepada Jemaah Haji di United Kingdom dan membimbing mereka menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci selama 3 tahun berturut-turut.

Ustaz Abd Halim Abdullah sedang menerima Sijil Penguruan Haji, Petugas Pengelola Jemaah Haji (PJH) dari Prof Dr Abd Shukor Husin, Naib Chanselor Universiti Sains Malaysia (USIM) sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar Tabung Haji, Dato’ Haji Salleh Mubin.

1998 – Mula terpilih  menghadiri Muzakarah Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji (Peringkat Negeri).

1999, 2000 – Mula menghadiri Muzakarah Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia (Peringkat Kebangsaan). Mula memberi Kursus Haji Bersiri Mingguan kepada bakal-bakal Jemaah Haji Tabung Haji Malaysia. Mula menganjurkan Pakej Umrah sendiri hingga ke hari ini.

2001 – Mula dihantar oleh Tabung Haji Malaysia menjadi Guru Agama Tabung Haji Maktab 89 membimbing 2500 jemaah Haji Malaysia.

2002 – hingga Sekarang –  Mengelolakan setiap tahun Pakej Haji Tabung Haji, TH – SWASTA yang dilesenkan Tabung Haji. Menganjurkan Pakej-pakej Umrah sebanyak 4 kali setahun yang diketuai dan dibimbing sendiri iaitu Pakej-pakej Umrah April (sebaik Visa Umrah dibuka setiap tahun), Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun, Umrah Cuti Sekolah Ogos dan Umrah Ramadan. Hampir setiap tahun menghadiri Kursus Pengelola Jemaah Haji (PJH) anjuran Tabung Haji Malaysia dengan dikurniakan Sijil-sijil Penyertaan.

Ustaz Halim ketika menyampaikan Kursus Umrah dan Taklimat Akhir Keberangkatan kepada jemaah Umrah di salah sebuah masjid. Penerangan lengkap diberikan agar jemaah melaksanakan ibadah Haji atau Umrah dengan cara yang paling sempurna.

RINGKASAN PENGALAMAN HAJI & UMRAH

Tahun-tahun Mengerjakan Haji – 1991, 1992, 1994

Tahun-tahun Membawa Rombongan Haji Pelajar Malaysia Luar Negara – 1995, 1996, 1997

Tahun Bertugas Dibawah Tabung Haji (Muassasah) – 2001

Tahun-tahun Membawa Pakej Tabung Haji, TH-Swasta Berlesen – 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015  hingga sekarang.

Membawa Pakej-pakej Umrah – Ramadan 1999, Cuti Sek Mei 2000, Ramadan 2000, Cuti Sek Mei 2001, Cuti Sek Ogos 2001, Ramadan 2001, Cuti Sek Mei 2002, Cuti Sek Ogos 2002, Ramadan 2002, April 2003, Cuti Sek Mei 2003, Cuti Sek Ogos 2003, Ramadan 2003, April 2004, Cuti Sek Mei 2004, Cuti Sek Ogos 2004, Ramadan 2004, April 2005, Cuti Sek Mei 2005, Cuti Sek Ogos 2005, Ramadan 2005, April 2006, Cuti Sek Mei 2006, Cuti Sek Ogos 2006, Ramadan 2006, April 2007, Cuti Sek Mei 2007, Cuti Sek Ogos 2007, Ramadan 2007, April 2008, Cuti Sek Mei 2008, Cuti Sek Ogos 2008, Ramadan 2008, April 2009, Cuti Sek Mei 2009, Cuti Sek Ogos 2009, Ramadan 2009, April 2010, Cuti Sek Mei 2010, Cuti Sek Ogos 2010, Ramadan 2010 dan seterusnya hingga sekarang.

Ustaz Halim ketika berlepas ke Tanah Suci pada Musim Haji 1431H/2010M baru-baru ini untuk memimpin dan membimbing rombongan pakej Haji HAJIUMRAH.COM.

Ciri-ciri Menonjol Pakej Haji :

  1. Hotel dekat masjid
  2. Kuliah Harian setiap hari
  3. Program bimbingan penuh ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina
  4. Empat puluh (40 !!!) tempat ziarah di Madinah (biasa ~9 tempat) dan penerangan terperinci setiap tempat lawatan
  5. Perjalanan licin (mudah berurusan dengan Bahasa Arab)
  6. Lawatan ke Kampung Melayu Mekah dan lain-lain.

Ciri-ciri Menonjol Pakej Umrah :

  1. Kuliah harian
  2. Hotel berdekatan Masjid
  3. Penerangan terperinci di setiap lawatan
  4. Bilangan 15-20 tempat lawatan di Madinah (biasa ~9 tempat), lawatan ke Kampung Melayu di Mekah dan lain-lain.

CARA MENDAFTAR PAKEJ

  1. Pilih pakej di laman sebelah kiri.
  2. Hantarkan nama-nama penuh dan no tel anda dan rombongan secara sms atau terus hubungi Pejabat Urusan 06-764 4494 / 0010 (pej), 012 – 659 0000 (WhatsApp & Telegram Pejabat Urusan)
  3. Anda akan dihubungi dan diuruskan oleh pihak Pejabat Urusan selepas itu sehingga berlepas ke dan kembali dari Tanah Suci, insyaAllah.

“Harapan Anda Matlamat Kami”

HAJIUMRAH.COM

Advertisements