Tawaran Pakej Umrah April + Merai Kemenangan Rakyat di Mesir, berlepas 14/4/2011 (confirmed)

Utama > Blog

Sempena meraikan kemenangan rakyat Mesir yang kuat beragama Islam menjatuhkan regim diktator Mubarak yang menindas lebih 30 tahun, kami menawarkan pakej Umrah CutiSek Mac+EgyptVictory yang akan berlepas pada 12 April 2011 ini. Jemaah Umrah akan dibawa melancung melihat tempat-tempat perhimpunan dan perjuangan rakyat seperti berikut :

  1. Medan Tahrir (tempat perhimpunan utama), terletak di tengah-tengah bandaraya Kaherah.
  2. Masjid Ibadur Rahman di tengah-tengah Medan Tahrir, tempat dikumpulkan mereka yang tercedera dalam perhimpunan aman tersebut.
  3. Museum Mesir di Medan Tahrir, tempat ditunjukkan Firaun Ramses II yang melawan Nabi Musa as.
  4. Istana Husni Mubarak yang digulingkan.
  5. Universiti Al-Azhar, tempat ulung pengajian Islam yang melahirkan ramai ulamak dan tunggak kebangkitan rakyat.

Related Post

Melbourne Islamic Tour pendaftaran

Bandaraya Melbourne, Australia. Melancung seminggu di sini meninggalkan kenangan yang berpanjangan. HAJIUMRAH.COM kini membuka pendaftaran kepada mereka yang berminat menyertai pelancongan

Baca Lagi »
Scroll to Top