Pakej Egypt (Mesir) Tour adalah pakej 8 – 9 hari menarik dengan progrm-program seperti di bawah :

HARI 01: BERLEPAS

Peserta check-in di KLIA 3 jam sebelum waktu pesawat berlepas. Sila berkumpul dan duduk dekat dengan Pintu 05, Tingkat Berlepas (Departure), Tingkat 05, KLIA, Sepang, Selangor.

Pesawat berlepas. Tiba Cairo International Airport. Disambut oleh petugas DIAFA TRAVEL (Egypt).

HARI 02 : CAIRO ISLAMIC TOUR

Peserta dibawa melawat tempat-tempat bersejarah Islam di sekitar bandaraya Kaherah seperti Universiti Al-Azhar, Masjid Al-Azhar, Masjid Sayyidina Hussein (diambl dari nama cucu Rasulullah saw.), Bazaar Khan Khalili (salah sebuah bazar terbesar di dunia) untuk membeli barangan kenangan, Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (Qal’ah), Masjid Sultan Muhammad Ali, Masjid Sultan Hasan, Masjid Imam Rafie, Masjid dan Maqam Imam Asy-Syafie, Kompleks Asrama Pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah dan tempat-tempat lain yang menarik.

HARI 03 : ALEXANDRIA TOUR (ISKANDARIAH)

Peserta dibawa ke bandaraya tepi laut Iskandariah, kira-kira 250 km dari Kaherah. Ia merupakan bandaraya kedua terbesar di Mesir dengan penduduk kira-kira 8 juta orang. Di sana peserta aka melawat Kubu Salehuddin Al-Ayyubi (Qaitbay) di tepi laut, Masjid Abbas Al-Mursy, Montazah (istana King Farok lama), kubur Lukman Hakim, kubur Nabi Daniel, kubur sahabat Nabi saw bernama Abi Darda dan lain-lain.

HARI 04 : CAIRO ANCIENT TOUR

Peserta dibawa ke tempat-tempat bersejarah zaman dulu seperti Piramid dan Spinx, Sungai Nil dan Museum Firaun di tengah-tengah kota Kaherah. Di Museum, peserta boleh melihat sendiri mami Firaun-firaun yang kekal hingga sekarang, termasuk mami Firaun Ramses II yang hidup sezaman dan menentang ajaran Nabi Musa as.

HARI 05 : EGYPT SAFARI

Trip ke Egypt Safari, kira-kira 200 km dari Kaherah. Menaiki kenderaan pacuan 4-roda merentasi padang pasir dan mengenali kehidupan arab badwi dengan lebih dekat.

HARI 06 : EGYPT SAFARI

Selepas sarapan di Egypt Safari di padang pasir pendalaman Mesir, peserta di bawa pulang ke Kaherah. Menziarahi Asrama Rumah Malaysia Al-Abbasiah (ARMA) milik Kerajaan Malaysia sejak tahun-tahun 1960 dulu. Telah menempatkan ribuan pelajar Malaysia sejak ia ditubuhkan.

HARI 07 : FREE AND EASY (ACARA BEBAS)

Pada hari ini, acara bebas dan peserta diberi peluang untuk melakukan ziarah sendiri seperti membeli belah di Bazaar Khan Khalili yang masyhur sekali lagi dengan masa yang lebih panjang, membeli belah di shopping kompleks tertentu, menziarah saudara mara di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dan sebagainya.

HARI 08 : BERLEPAS PULANG

Peserta bersiap untuk pulang ke Tanahair. Berlepas dengan pesawat dari Cairo International Airport ke KLIA.

HARI 09 : Tiba KLIA

 

 

 

LIA.

Advertisements