umrah-lapang-23-julai

UMRAH LAPANG

Umrah Lapang adalah umrah yang dikerjakan di luar musim Umrah biasa. Ketika itu tiada Visa Umrah dikeluarkan oleh Kerajaan Saudi. DIAFA TRAVEL mengelolakan umrah menggunakan Visa Ziarah atau Visa Khas.

Di musim itu tiada pengunjung Umrah datang dari pelusuk dunia, kerana tiada Visa Umrah, tiada kesesakan di Masjidil Haram, Mekah atau di Raudhah di Masjid Nabawi. Oleh itu DIAFA TRAVEL menamakan ia sebaga pakej “Umrah Lapang”.

Musim Umrah Lapang adalah selama 3 bulan, iaitu selepas Hari Raya Aidil Fitri sehingga akhir bulan Zulhijjah, atau pada bulan-bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

KELEBIHAN UMRAH LAPANG

  1. Tidak ada kesesakan di kawasan Tawaf di Masjidil Haram. Jemaah boleh tawaf dalam keadaan selesa, tenang dan khusyuk.
  2. Tiada kesesakan di kawasan Raudhah di Masjid Nabawi. Jemaah boleh beribadat sepuasnya di situ dalam keadaan tenang, selesa dan khusyuk.
  3. Harga pakejnya jauh lebih murah berbanding pakej-pakej biasa.
  4. Tempoh pakejnya lebih singkat (jumlah 8 hari), sesuai untuk jemaah yang bekerja atau berniaga yang mempunyai jadual masa yang ketat di Tanahair.
  5. Hotel dekat dengan masjid. Di luar musim Umrah ini, banyak hotel kosong. Oleh itu pakej ini mempunyai banyak pilihan hotel yang selesa dan dekat.

JENIS-JENIS UMRAH LAPANG

Jenis-jenis Umrah Lapang yang dtawarkan adalah seperti berikut :

  1. Umrah (sahaja)
  2. Umrah + Istanbul
  3. Umrah + Mesir
  4. Umrah + Baitul Maqdis + Jordan
  5. Umrah + London + Paris
  6. Umrah + Eropah
  7. Umrah + Spain (Andalus)
  8. Umrah + destinasi-destinasi lain atas permintaan.

HARGA PAKEJ UMRAH LAPANG

Harga pakej Umrah Lapang adalah termasuk semua kos seperti tiket penerbangan, Visa, pengangkutan darat dengan bas di Jeddah, Mekah dan Madinah, ziarah, cenderahati berupa beg, buku panduan dan doa, kursus Umrah KECUALI kos makan minum.

Makan minum tidak disediakan kerana caterer Melayu bercuti ketika itu kerana ia di luar musim Umrah biasa.

Jemaah Umrah Lapang makan minum di restoran-restoran berdekatan yang banyak kedapatan di sekeliling Masjdil Haram. Kos makan minum untuk tempoh 7-8 hari adalah sekitar RM150-RM250 sahaja.

PERTANYAAN & PENDAFTARAN

Sila hubungi Wakil-wakil DIAFA TRAVEL di setiap negeri, atau hubungi Ibu Pejabat DIAFA 012-659 0000,

 

Advertisements