Kaabah

Rombongan Jemaah Umrah DIAFA TRAVEL mengerjakan Umrah di Masjidil Haram.

Pakej UMRAH dan pakej UMRAH+ZIARAH

Jemaah sekelian boleh memilih samada pakej Umrah (sahaja) 11-12 hari atau pakej Umrah+Ziarah 14-15 hari (Ziarah 5 hari 4 malam) seperti di bawah :

DI KLIA

Jemaah tiba di KLIA untuk urusan Check-in 3 jam sebelum waktu berlepas. Sesiapa yang tiba awal, sila duduk di kerusi berdekatan Pintu 5, Tingkat 5 (Departure Hall). Selepas urusan check-in dan timbangan bagasi selesai, passport dikembalikan kepada jemaah. Jemaah menaiki pesawat dan berlepas.

Mihrab Nabi saw (kiri) dan Minbar Nabi saw (tengah) di dalam Ar-Raudhah, satu taman dari Taman-taman Syurga, terletak di Madinah.“Ya Allah, terimalah (ibadah ini) dari kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Quran).

DI MADINAH

Hari 01 – Jemaah dibawa menziarahi maqam Rasulullah saw dalam Masjid Nabawi dan Tanah Perkuburan Al-Baqiek.

Hari 02 – Jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Madinah. Ini termasuk Masjid Qubak (solat di dalam dapat pahala Umrah), Masjid 2 Kiblat, Masjid Khandak, Bukit Uhud, Pasar Kurma dan lain-lain yang biasa dilawati.

Hari 03 – Jemaah dibawa melawat tempat-tempat istimewa yang jarang dilawati termasuk rumah-rumah sezaman Rasulullah saw, Masjid sezaman engan Nabi saw, perigi sezaman dengan Nabi saw, Kilang mencetak Al-Quran dll. bergantung kepada masa yang terluang.

Hari 04 – Jemaah bertolak dengan bas ke Mekah untuk mengerjakan Umrah. Singgah di miqat Bi’r Ali untuk bersiap Ihram dan berniat Umrah.

DI MEKAH

Hari 01 – Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan Umrah pertama.

Hari 02 – Jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Gua Hirak (tempat turun Wahyu Pertama), Gua Thaur (tempat sembunyi ketika Hijrah) dan tempat-tempat manasik Haji seperti Arafah, Muzdalifah, Mina dan Jamrah. Ziarah di akhiri dengan lawatan ke Masjid Jakranah, tempat miqat Umrah.

Jemaah yang ingin mengerjakan Umrah bolehlah berniat Umrah di Jakranah.

Hari 03 – Jemaah akan melawat Hudaibiah (tempat Perjanjian Hudaibiah dan miqat Umrah).

Jemaah yang ingin mengerjakan Umrah bolehlah berniat Umrah di miqat Hudaibiah yang sedang dilawati.

Hari 04 – Tan’iem (miqat Umrah), kubur isteri-isteri Nabi saw, Khadijah ra dan Maimunah ra, tempat tapak Nabi saw dilahirkan, rumah masyarakat Melayu Mekah, kedai borang kopiah, Masjid Jin dan lain-lain.

Hari 05 – Ziarah Taif (optional / pilihan) dengan bayaran SR150 bergantung kepada kebenaran pihak Kerajaan Saudi. Jemaah akan dibawa melawat kawasan pergunungan dinginTaif, kereta kabel Telfrik 4km jauh pergi dan 4km balik (SR80), pasar buah, Masjid Kuk dan Masjid Adas, tempat Rasulullah saw dibaling batu oleh penduduk Taif yang menolak dakwah yang dibawa oleh Baginda saw, Masjid Abdullah bin Abbas ra, tempat sahabat Nabi saw bernama Abdullah bin Al-Abbas ra dikebumikan. Selepas kewafatan Rasulullah saw dan para Sahabat bertebaran di seluruh dunia menyebarkan Islam, Abdullah bin Al-Abbas ra memilih untuk tinggal dan mengajar di Taif sehingga akhir hayatnya.

Di akhir ziarah Taif, jemaah dibawa ke miqat Qarnul Manazil untuk bersiap dan berniat Umrah.

Kaabah

Hari 06 dan seterusnya : Jemaah berpeluang berniat Umrah di miqat Tan’iem dan mengerjakan Umrah.

Hari Terakhir – Jemaah akan mengerjakan Tawaf Wadak sebelum bertolak ke Airport Jeddah untuk pulang ke Malaysia (pakej Umrah 11-12 hari) atau destinasi Ziarah (4 hari) yang lain (Baitul Maqdis / Mesir / Jordan / Turki / Eropah atau lain-lain) jika pakej Umrah+Ziarah 14-15 hari.

Air Zamzam 1 tong 5 liter diberi kepada setiap orang jemaah dengan percuma.

TIBA KLIA

Jemaah tiba di KLIA dan disambut oleh saudara mara. Bas boleh disediakan dari KLIA ke kampung atas rundingan di Tanah Suci nanti bagi jemaah yang ramai dari satu tempat.

 

PERTANYAAN & PENDAFTARAN

Sila hubungi Pejabat Urusan 012-659 0000 (DIAFA TRAVEL)

Advertisements