Ziarah Baitul Maqdis & Masjid Al-Aqsa (Tour)

Utama > Blog

Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock). Di dalam masjid ini terdapat batu yang darinya Rasulullah saw dinaikkan ke langit pada malam Israk Mikraj.

Menziarahi Baitul Maqdis, Palestin meninggalkan seribu satu kenangan dan pengajaran kepada pelawatnya. Di sana terdapat Masjid Al-Aqsa, kibat pertama dan rumah suci ketiga bagi Umat Islam. Solat di dalamnya menyamai 500 solat di masjid-masjid biasa yang lain. Di sana tempat ramai para Anbiyak (Nabi-nabi) yang diutuskan, meninggal dunia dan maqamnya masih terdapat di situ termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yunus as, Nabi Daud as dan ramai para Sahabat ra seperti Salman Al-Farisi.

BAITUL MAQDIS (AL-AQSA) & JORDAN TOUR

Harga Pakej : RM 8,950 (8 – 9 hari)

HARI 1⃣ DEPARTURE  
Berlepas dari KLIA. Kakitangan DIAFA TRAVEL akan menguruskan tuan puan di KLIA untuk urusan Check-In yang bermula 3 jam sebelum masa berlepas.

HARI 2⃣  JORDAN 🏰
Tiba Queen Alia Airport, Amman, Jordan.

Plan Pertama :Tuan puan akan dibawa menziarahi bandar Amman, ibu negara Jordan. Antara tempat-tempat lawatan termasuk Masjid Negara Hussaini. Masjid Abu Darwish Mosque di puncak bukit. Masjid Raja King Abdullah. Bermalam di hotel di Amman.

Plan kedua : Sekiranya pesawat dari KLIA mendarat di Queen Alia Airport, Amman, Jordan pada waktu subuh, selepas sarapan, tuan puan akan dibawa menyeberangi King Hussein Bridge untuk terus ke Baitul Maqdis.

HARI 3⃣  BAITUL MAQDIS 

🚌

Ke Palestin. Menyeberangi King Hussein Bridge  di sempadan Jordan-Palestin. Melawat bandar Jerico, bandar tertua di dunia. Makan tengahari di Jerico. Bergerak dan tiba di Baitul Maqdis (Jerusalem). Check-in Hotel di Baitul Maqdis. Solat Maghrib dan Isyak di Masjidil Al-Aqsa yang pahalanya menyamai 500 solat di masjid-masjid lain

HARI 4⃣  BAITUL MAQDIS

🕌

Melawat Masjid Al-Aqsa di waktu siang, melawat Masjid Dome of the Rock dan melihat batu di mana Rasulullah saw dimikrajkan ke Langit Tujuh. Menziarahi Old Market. Masjid Omar Al Khattab. Rabiah Adawiyah. Salman Al Farisi.

HARI 5⃣  HEBRON & BETLEHEM 

🏟

Ke bandar Hebron, atau di dalam bahasa arabnya “Al-Khalil”. Di dalam Masjid Ibrahimi rombongan dibawa melawat Maqam Nabi Ibrahim as., Nabi Ishaq as., Nabi Yaakub as. dan isteri-isteri mereka.
Rombongan di bawa ke bandar Beitlehem – tempat lahir Nabi Isa as. mengikut sesetengah riwayat.

HARI  6⃣  BAITUL MAQDIS

🏜

Maqam Nabi Yunus as, Maqam Rahil, Maqam Nabi Daud as, Mount of Olives. Dari bukit Mount of Olives kita dapat melihat pemandangan Masjid Al-Aqsa dari arah yang sangat cantik, menyeluruh dan panaromik. Bermalam di hotel di Baitul Maqdis.

HARI 7⃣  BAITUL MAQDIS / JORDAN 🏛
Meninggalkan Palestin dan masuk ke Jordan. Menyeberangi Syeikh Hussein Border. Melawat maqam sahabat Nabi saw, Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau merupakan salah seorang calon Khalifah selepas kewafatan Rasulullah saw. Melawat maqam paglima Islam terkemuka di kalangan Sahabat ra bernama Dirar bin Azwar ra di sempadan Jordan. Kemudian melawat Maqam Nabi Yushak bin Nuun, yang memimpin Bani Israel selepas Nabi Musa as meninggal dunia. Melawat Maqam Nabi Syuib as. di perkampungan Wadi Syuib. Bermalam di hotel di Amman.

HARI 8⃣  AMMAN, JORDAN 
Maqam sahabat Nabi saw, Abdul Rahman Auf dan Bilal bin Rabah. Melawat Gua Ashabul Kahfi (Cave of Seven Sleepers) kisah beberapa orang pemuda beriman bersembunyi dalam guan kerana menyemalatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim lalu mereka tertidur di dalam gua tersebut selama 300 tahun. Kisahnya terdapat dalam Surah Al-Kahfi. Rombongan dibawa melawat bandaraya, Roman Stadium. Shopping at Amman Bazaar.

HARI 9⃣ 1/1/2017 : ARRIVAL 🛬
Tiba KLIA.

IKLAN :

BAITUL MAQDIS (AL-AQSA) TOUR dianjurkan setiap 2 bulan sekali. Sila hubung Pejabat Urusan atau ikuti website HAJIUMRAH.COM untuk mengetahui tarikh-tarikh berlepas nya yang terdekat.

🌏 DIAFA Travel
http://www.hajiumrah.com

Related Post

Melbourne Islamic Tour pendaftaran

Bandaraya Melbourne, Australia. Melancung seminggu di sini meninggalkan kenangan yang berpanjangan. HAJIUMRAH.COM kini membuka pendaftaran kepada mereka yang berminat menyertai pelancongan

Baca Lagi »
Scroll to Top